Polis menahan seorang daripada tiga suspek yang dipercayai memukul seorang lelaki warga Myanmar di sebuah kedai makan dekat Bandar Baru Menglembu, Ipoh pada Jumaat, yang tular di media sosial.<br /><br />Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada petang Jumaat dan menahan seorang daripada suspek di sekitar Ipoh pada Sabtu.
